Berjumpa lagi kita
kali ini untuk serba sedikit perkongsian yang tak seberapa ini. Ok, tarian ape
yang jejari ingin kongsikan hari nie ya?
Haaaaa.. Ianya tidak lain dan tidak bukan tentang ujian
dan keredhaan Allah. “Ujian ape ek? SPM? Final?” bukan bukan.. semua itu
hanyalah ujian yang perlu tempuhi bagi memperolehi segulung ijazah yang tidak
diketahui nasib kita di masa hadapan.
Ujian sebenar yang
aku maksudkan disini adalah ujian kita sebagai khalifah Allah di dunia ini bagi
memperoleh kebahagiaan di dunia yang menanti. “Jap,,,, penting sangat ke nak kena tau pasal
tugas2 kita kat dunia nie? Aku nak Berjaya hidup senang dan bahagia dengan
keluarga. Tu je”
Kau bagi la jawapan
tu kat aku.. Aku cepuk hang nanti baru tau. :D Sebenarnya,tugas kita di dunia
nie bukannya terbatas kepada keselesaan di dunia sahaja. Tetapi.., kat sana
nunnnn…… kehidupan yang kekal abadi. Ramai yang jauh tersasar. Aku bersimpati
dengan golongan tersebut dan berdoa agar diorang diberi hidayah Nya.
Orite! Kembali kepada
topik kita tadi. Matlamat kita di dunia nie hanya satu! MENCARI KEREDHAAN
ALLAH.. Tapi, ada kena mengena ke dengan ujian tu? ADA! Mari kita flashback balik
kisah-kisah zaman Rasulullah dahulu. Baginda menerima banyak ujian dan dugaan
walaupun baginda ialah kekasihNya, Bagaimana penderitaan yang diharungi oleh keluarga
yasir, bilal bin rabah, dan ramai lagi. Semua kerana untuk mendapat ReDHA ALLAH.
Nah aku bagi lirik lagu Sumayyah by Hijjaz.
dalam diri selembut sutera kau miliki iman
yang teguh
kau
nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu
jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun
jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan…
padang
pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
tika
suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh
memilih iman atau kekufuran
samar
jahiliah atau sinaran akidah…..
sabarlah
keluarga yasir
bagimu
syurga disana
dan
kau pun tegar memilih syurga
walau
terpaksa mengoban nyawa
lalu
tombak yang tajam menikam
jasadmu
yang tiada bermaya
namun
iman didadamu sedikit tidak berubah…
darahmu
menjadi sumbu pelita iman
sumayyah
kaulah lambang wanita solehah
tangan
yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang
dunia mencipta sejarah…
sumayyah
kau dibunuh didunia sementara
untuk
hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah
wanita terbaik
sebaik
manusia
namamu
tetap menjadi sejarah…
honestly, aku suka lagu nie. Nampak tak bagaimana peritnya sumayyah dan ahli
keluarganya nak mempertahankan iman! Semuanya kerana ingin mendapatkan REDHA
ALLAH dan syurgaNya.
Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami
beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya
akan orang-orang yang berdusta.
(QS.
al-Ankabut: 2-3)
Kenapa
aku cakap ujian nie ade kaitannya untuk mendapat keredhaan Allah? Nie buktinya!!
Sesungguhnya besarnya
ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah
itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh
sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh
KEREDHAAN ALLAH dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan
Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Tapi
kena ingat!!! Ujian Allah nie bukan terbatas kepada bala, kesusahan, rasa lapar
sahaja. Kesenangan juga kadang kadang dapat menjadi ujian!!
Mari
kita tengok sikit bentuk-bentuk ujian Allah yang dikisahkan di dalam al quran :
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa
dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan.
(al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2.
Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3.
Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4.
Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik
dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5.
Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah:
155)
6.
Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7.
Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8.
Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9.
Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10.
Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
*Barakallah hulakuma
wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair..~
*Eh,
terlayan lagu Maher Zain pulak. Tunggu korang semua baca la nie :D
Ok..,
dah letih la taip. Aku rasa cukup la perkongsiaan aku untuk kali ini. *Baru nak
berjinak dgn bidang penulisan sebenarnya.. diharapkan anda semua mendapat input
la daripada entry nie. Kata orang, “kalau tak boleh ambik semua, jangan tinggal
semua”..
Aku tinggalkan korang semua dengan benda2 alah nie... renung2kan..~
*time nie awkward sikit sbb ade sorang kawan nie bace blog aku depan2 aku. Kuat2 plk tu. YaHa! :D
.jpg)

No comments:
Post a Comment