Friday, 22 March 2013

~Terangkatnya satu lagi cabang ilmu~


Tanggal 22 Mac 2013 (waktu Malaysia), dunia dikejutkan dengan perginya seorang pencinta ilmu, pembawa kalimah Allah di muka bumi ini iaitu Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthiy. Beliau telah menjadi korban ledakan bom daripada seorang pengebom berani mati ketika beliau menyampaikan ceramah selepas maghrib.  *INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN *al fatihah


                        * as syahid Syeikh Muhammad Ramadhan al Bouthiy  


     Sekilas sebelum aku mengetahui khabar duka ini… 21 Mac 2013. Pada waktu malamnya, aku berasa teramat tidak bersemangat dan tidak tau apa yang menganggu pemikiranku. Buka twitter, facebook, langsung tiada apa yang dapat menarik minatku. Lalu aku mengambil keputusan untuk terus tidur bersesuaian dengan kelopak mataku yang menjerit minta ditutupkan. Jam pada ketika itu belum lagi mencecah angka 12 sedangkan kebiasaan waktu tidurku lebih kurang jam 2 pagi lebih lebih lagi malam hujung minggu.

Jam 3 pagi, aku terjaga. Yang menariknya badan aku berasa ringan sahaja untuk berjaga dan tidak menyambung tidurku. Aku mengambil peluang keemasan ini untuk mengerjakan qiam. Pada keesokan harinya, aku membelek muka buku. Dan barulah aku mengetahui akan khabar duka pemergian Syeikh Muhammad Ramadhan al-bouthiy. Aku pun berfikir sejenak. Mungkin peristiwa semalam  merupakan satu petanda kepada berita yang akan aku terima.. Semuanya rahsia Allah. Wallahu’alam.

Inilah apa yang telah disebutkan oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu itu secara tiba-tiba -dari dada manusia- akan tetapi Allah mencabut ilmu itu dengan cara mewafatkan para ulama. Sampai-sampai apabila tidak tersisa lagi orang alim maka orang-orang pun mengangkat pemimpin-pemimpin dari kalangan orang yang bodoh. Mereka pun ditanya dan berfatwa tanpa ilmu. Mereka itu sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari dalam Kitab al-’Ilm [100] dan Muslim dalam Kitab al-’Ilm [2673])

     Perginya para Ulama menghadap Ilahi bermakna diangkatnya/hilangnya ilmu. Hilangnya ilmu bermakna kurangnya pedoman. Kurangnya pedoman bermakna akan jahilnya manusia. Tatkala inilah dunia menjadi huru hara dan dekatnya waktu kiamat menjelma. Oleh itu, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita bagi menghadapi hari tersebut.

Terjemahan kenyataan oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti (Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :

“Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti…
Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah…
Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah….
Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan. Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.
Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau.”


p/s: jangan pernah kita lupakan urusan muslim. Ambil tahulah walaupun tidak banyak. ^^

No comments:

Post a Comment