Tanggal 22
Mac 2013 (waktu Malaysia), dunia dikejutkan dengan perginya seorang pencinta
ilmu, pembawa kalimah Allah di muka bumi ini iaitu Dr. Muhammad Said Ramadhan
al-Bouthiy. Beliau telah menjadi korban ledakan bom daripada seorang pengebom
berani mati ketika beliau menyampaikan ceramah selepas maghrib. *INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN *al fatihah
* as syahid Syeikh Muhammad Ramadhan al Bouthiy
Sekilas
sebelum aku mengetahui khabar duka ini… 21 Mac 2013. Pada waktu malamnya, aku
berasa teramat tidak bersemangat dan tidak tau apa yang menganggu pemikiranku.
Buka twitter, facebook, langsung tiada apa yang dapat menarik minatku. Lalu aku
mengambil keputusan untuk terus tidur bersesuaian dengan kelopak mataku yang
menjerit minta ditutupkan. Jam pada ketika itu belum lagi mencecah angka 12
sedangkan kebiasaan waktu tidurku lebih kurang jam 2 pagi lebih lebih lagi
malam hujung minggu.
Jam 3 pagi,
aku terjaga. Yang menariknya badan aku berasa ringan sahaja untuk berjaga dan
tidak menyambung tidurku. Aku mengambil peluang keemasan ini untuk mengerjakan
qiam. Pada keesokan harinya, aku membelek muka buku. Dan barulah aku mengetahui
akan khabar duka pemergian Syeikh Muhammad Ramadhan al-bouthiy. Aku pun berfikir sejenak.
Mungkin peristiwa semalam merupakan satu
petanda kepada berita yang akan aku terima.. Semuanya rahsia Allah. Wallahu’alam.
Inilah apa
yang telah disebutkan oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW.
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mencabut ilmu itu secara tiba-tiba -dari dada manusia- akan
tetapi Allah mencabut ilmu itu dengan cara mewafatkan para ulama. Sampai-sampai
apabila tidak tersisa lagi orang alim maka orang-orang pun mengangkat
pemimpin-pemimpin dari kalangan orang yang bodoh. Mereka pun ditanya dan
berfatwa tanpa ilmu. Mereka itu sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari dalam
Kitab al-’Ilm [100] dan Muslim dalam Kitab al-’Ilm [2673])
Perginya
para Ulama menghadap Ilahi bermakna diangkatnya/hilangnya ilmu. Hilangnya ilmu
bermakna kurangnya pedoman. Kurangnya pedoman bermakna akan jahilnya manusia. Tatkala
inilah dunia menjadi huru hara dan dekatnya waktu kiamat menjelma. Oleh itu,
marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita bagi menghadapi hari tersebut.
Terjemahan kenyataan oleh
Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh
Ramadhan Al-Buti (Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :
“Aku
mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya
Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti…
Sesungguhnya
pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam
seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah…
Beliau
adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah….
Aku akan
sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan
segala kebaikan,pujian dan penghormatan. Beliau akan kekal sebagai seorang
Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.
Semoga Allah
merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para
Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah
mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau.”
p/s: jangan pernah kita lupakan urusan muslim. Ambil tahulah walaupun tidak banyak. ^^


.jpg)


