Pasti ramai yang tertanya tanya. Kenapa jejari Mabuk? *suke ati aku la*….. :D
Sebenarnya idea
nie terlintas secara tidak sengaja. Ilham yang menjelma dikala diri sedang
bersantai santai mencari ketenangan (cewaahh). Tapi betul la kan. Semua hasil
nukilan yang tertera dimana mana dada blog sebenarnya hasil daripada tarian
jejari yang ligat bermain di atas papan kekunci. Jadi, tak salah rasanya andai
perkataan ‘mabuk’ itu digunakan oleh kerana aku ingin menggunakannya. Hahaha. Nampak
sikit kelainannya~
Sesiapa yang
memang dah mengenali siapa diriku, baguslah. Tapi, bagi sesiapa yang tidak
mengenali ataupun kurang mengenali, pandai2 hangpa la nak kenal atau tidak..
tapi bak kata pepatah, tak kenal maka ta’aruf dan tafahum la..hee(dah bosan
guna tak kenal maka tak cinta).Firman Allah
dalam surah al hujurat, ayat 13,Firman Allah
dalam surah al hujurat, ayat 13,
Mafhumnya : Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Ayat ni memang
famous jikalau ingin memperkatakan mengenai perkenalan. Ayat ini jelas menyebut
mengenai seruan Allah kepada manusia agar berkenal-kenalan antara satu sama
lain tidak mengira bangsa dan puak. So, selamat berkenalan semua…
Jadi, ape
yang aku kongsikan disini moga-moga dapat dimanfaatkan semua dan
dikongsi-kongsi ye teman-teman. No backstab kay... Peace ^^

No comments:
Post a Comment