Friday, 22 March 2013

~Terangkatnya satu lagi cabang ilmu~


Tanggal 22 Mac 2013 (waktu Malaysia), dunia dikejutkan dengan perginya seorang pencinta ilmu, pembawa kalimah Allah di muka bumi ini iaitu Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthiy. Beliau telah menjadi korban ledakan bom daripada seorang pengebom berani mati ketika beliau menyampaikan ceramah selepas maghrib.  *INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN *al fatihah


                        * as syahid Syeikh Muhammad Ramadhan al Bouthiy  


     Sekilas sebelum aku mengetahui khabar duka ini… 21 Mac 2013. Pada waktu malamnya, aku berasa teramat tidak bersemangat dan tidak tau apa yang menganggu pemikiranku. Buka twitter, facebook, langsung tiada apa yang dapat menarik minatku. Lalu aku mengambil keputusan untuk terus tidur bersesuaian dengan kelopak mataku yang menjerit minta ditutupkan. Jam pada ketika itu belum lagi mencecah angka 12 sedangkan kebiasaan waktu tidurku lebih kurang jam 2 pagi lebih lebih lagi malam hujung minggu.

Jam 3 pagi, aku terjaga. Yang menariknya badan aku berasa ringan sahaja untuk berjaga dan tidak menyambung tidurku. Aku mengambil peluang keemasan ini untuk mengerjakan qiam. Pada keesokan harinya, aku membelek muka buku. Dan barulah aku mengetahui akan khabar duka pemergian Syeikh Muhammad Ramadhan al-bouthiy. Aku pun berfikir sejenak. Mungkin peristiwa semalam  merupakan satu petanda kepada berita yang akan aku terima.. Semuanya rahsia Allah. Wallahu’alam.

Inilah apa yang telah disebutkan oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu itu secara tiba-tiba -dari dada manusia- akan tetapi Allah mencabut ilmu itu dengan cara mewafatkan para ulama. Sampai-sampai apabila tidak tersisa lagi orang alim maka orang-orang pun mengangkat pemimpin-pemimpin dari kalangan orang yang bodoh. Mereka pun ditanya dan berfatwa tanpa ilmu. Mereka itu sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari dalam Kitab al-’Ilm [100] dan Muslim dalam Kitab al-’Ilm [2673])

     Perginya para Ulama menghadap Ilahi bermakna diangkatnya/hilangnya ilmu. Hilangnya ilmu bermakna kurangnya pedoman. Kurangnya pedoman bermakna akan jahilnya manusia. Tatkala inilah dunia menjadi huru hara dan dekatnya waktu kiamat menjelma. Oleh itu, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita bagi menghadapi hari tersebut.

Terjemahan kenyataan oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti (Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :

“Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti…
Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah…
Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah….
Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan. Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.
Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau.”


p/s: jangan pernah kita lupakan urusan muslim. Ambil tahulah walaupun tidak banyak. ^^

Wednesday, 20 March 2013

Ujian dan keredhaan Allah


Berjumpa lagi kita kali ini untuk serba sedikit perkongsian yang tak seberapa ini. Ok, tarian ape yang jejari ingin kongsikan hari nie ya?

Haaaaa..  Ianya tidak lain dan tidak bukan tentang ujian dan keredhaan Allah. “Ujian ape ek? SPM? Final?” bukan bukan.. semua itu hanyalah ujian yang perlu tempuhi bagi memperolehi segulung ijazah yang tidak diketahui nasib kita di masa hadapan.

Ujian sebenar yang aku maksudkan disini adalah ujian kita sebagai khalifah Allah di dunia ini bagi memperoleh kebahagiaan di dunia yang menanti.  “Jap,,,, penting sangat ke nak kena tau pasal tugas2 kita kat dunia nie? Aku nak Berjaya hidup senang dan bahagia dengan keluarga. Tu je”
Kau bagi la jawapan tu kat aku.. Aku cepuk hang nanti baru tau. :D Sebenarnya,tugas kita di dunia nie bukannya terbatas kepada keselesaan di dunia sahaja. Tetapi.., kat sana nunnnn…… kehidupan yang kekal abadi. Ramai yang jauh tersasar. Aku bersimpati dengan golongan tersebut dan berdoa agar diorang diberi hidayah Nya.

Orite! Kembali kepada topik kita tadi. Matlamat kita di dunia nie hanya satu! MENCARI KEREDHAAN ALLAH.. Tapi, ada kena mengena ke dengan ujian tu? ADA! Mari kita flashback balik kisah-kisah zaman Rasulullah dahulu. Baginda menerima banyak ujian dan dugaan walaupun baginda ialah kekasihNya, Bagaimana penderitaan yang diharungi oleh keluarga yasir, bilal bin rabah, dan ramai lagi. Semua kerana untuk mendapat ReDHA ALLAH. Nah aku bagi lirik lagu Sumayyah by Hijjaz.

 dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan…

padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinaran akidah…..

sabarlah keluarga yasir
bagimu syurga disana
dan kau pun tegar memilih syurga
walau terpaksa mengoban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah…

darahmu menjadi sumbu pelita iman
sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah…

sumayyah kau dibunuh didunia sementara
untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah…

honestly, aku suka lagu nie. Nampak tak bagaimana peritnya sumayyah dan ahli keluarganya nak mempertahankan iman! Semuanya kerana ingin mendapatkan REDHA ALLAH dan syurgaNya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
(QS. al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku cakap ujian nie ade kaitannya untuk mendapat keredhaan Allah? Nie buktinya!!

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh KEREDHAAN ALLAH dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Tapi kena ingat!!! Ujian Allah nie bukan terbatas kepada bala, kesusahan, rasa lapar sahaja. Kesenangan juga kadang kadang dapat menjadi ujian!!
Mari kita tengok sikit bentuk-bentuk ujian Allah yang dikisahkan di dalam al quran :




1.   Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)


*Barakallah hulakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair..~

*Eh, terlayan lagu Maher Zain pulak. Tunggu korang semua baca la nie :D
Ok.., dah letih la taip. Aku rasa cukup la perkongsiaan aku untuk kali ini. *Baru nak berjinak dgn bidang penulisan sebenarnya.. diharapkan anda semua mendapat input la daripada entry nie. Kata orang, “kalau tak boleh ambik semua, jangan tinggal semua”..

Aku tinggalkan korang semua dengan benda2 alah nie... renung2kan..~



*time nie awkward sikit sbb ade sorang kawan nie bace blog aku depan2 aku. Kuat2 plk tu. YaHa! :D




Sunday, 17 March 2013

KENAPA? KENAPA? KENAPA?


Pasti ramai yang tertanya tanya. Kenapa jejari Mabuk? *suke ati aku la*….. :D


    Sebenarnya idea nie terlintas secara tidak sengaja. Ilham yang menjelma dikala diri sedang bersantai santai mencari ketenangan (cewaahh). Tapi betul la kan. Semua hasil nukilan yang tertera dimana mana dada blog sebenarnya hasil daripada tarian jejari yang ligat bermain di atas papan kekunci. Jadi, tak salah rasanya andai perkataan ‘mabuk’ itu digunakan oleh kerana aku ingin menggunakannya. Hahaha. Nampak sikit kelainannya~




     Sesiapa yang memang dah mengenali siapa diriku, baguslah. Tapi, bagi sesiapa yang tidak mengenali ataupun kurang mengenali, pandai2 hangpa la nak kenal atau tidak.. tapi bak kata pepatah, tak kenal maka ta’aruf dan tafahum la..hee(dah bosan guna tak kenal maka tak cinta).Firman Allah dalam surah al hujurat, ayat 13,Firman Allah dalam surah al hujurat, ayat 13,


Mafhumnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

     Ayat ni memang famous jikalau ingin memperkatakan mengenai perkenalan. Ayat ini jelas menyebut mengenai seruan Allah kepada manusia agar berkenal-kenalan antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan puak. So, selamat berkenalan semua…
Jadi, ape yang aku kongsikan disini moga-moga dapat dimanfaatkan semua dan dikongsi-kongsi ye teman-teman. No backstab kay... Peace ^^

Salam ukhuwwah buat semua


Assalamualaikum..
Salam sejahtera ke atas kamu..Satu ungkapan yang begitu dalam maknanya jika betul-betul dinilai dengan mata hati.Ini bukan sahaja merupakan satu ungkapan,malah ianya satu doa seorang muslim kpd muslim yang lain.Begitu indahnya Islam..Tika saat bertentangnya mata seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain,mereka terus mendoakan antara satu sama lain.Di situ jugalah kita dapat melihat titik mulanya ukhuwwah sesama muslim.ianya satu nikmat kepada kita.."Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"..

*Fikir-fikirkanlah bagi renungan kita bersama..





ukuwwah yang terbina persis sekuntum bunga yang mekar mewangi.

*coretan pertama, JejariMabuk